Khas untuk peniaga & usahawan Malaysia

Laman web bisnes untuk
Kedai Makan

Penat jawab "harga berapa? lokasi mana?" setiap hari? Letak menu, harga, lokasi & butang WhatsApp dalam satu link — share sekali, customer faham terus. Siap dalam 24 jam.

Buat Page Saya Sekarang Balas dalam masa sejam ⚡
0Bisnes dah live
0Purata masa siap
RM49sebulan, cancel bila-bila
Kedai Makan
Warung Kak Ros
Nasi campur paling laku di Putatan.
🍛
Menu hari iniNasi campur dari RM7 · Air RM2
📍
Lokasi & waktu bukaPutatan · 7 pagi – 4 petang
Gambar menuLauk hari ini & special weekend
💬 WhatsApp Untuk Order

↑ Gambaran ringkas idea — page sebenar anda lebih lengkap & direka khas. Tekan tab tukar jenis bisnes.

Bunyi macam anda?

Masalah ni, hampir setiap peniaga hadap.

😮‍💨

"Harga berapa? Lokasi mana?"

Setiap hari customer tanya benda sama dalam WhatsApp. Masa anda habis taip jawapan, bukan buat duit.

📱

Info bersepah dalam status WA

Menu kat status, harga kat post lama, lokasi kena explain panjang. Customer malas cari — terus pergi tempat lain.

🔍

Customer Google, tak jumpa anda

Orang search nama kedai anda tapi keluar... kosong. Bisnes nampak kurang dipercayai walaupun servis anda bagus.

PageNiaga letak semua info bisnes anda dalam satu link — share sekali, customer faham terus, butang WhatsApp siap sedia.

Lihat Harga

Cara kerja

Senang. Anda cuma perlu tahu guna WhatsApp.

Tiga langkah je. Tak perlu pandai design, tak perlu pening pasal hosting atau domain.

1

WhatsApp info bisnes anda

Hantar nama kedai, gambar, senarai harga & lokasi. Tak lengkap pun takpe — kami tolong susun.

2

Kami siapkan dalam 24 jam

Pasukan kami design & isi semua kandungan. Anda cuma semak dan luluskan sebelum live.

3

Share link, customer datang

Letak link di bio IG, TikTok & status WhatsApp. Customer tekan, terus faham & terus chat anda.

Apa yang anda dapat

Semua yang bisnes anda perlukan. Tiada benda leceh.

Kami uruskan semua benda teknikal. Anda hantar je gambar & info melalui WhatsApp — kami yang siapkan. Setiap page direka khas ikut bisnes anda — bukan template sama untuk semua.

🔗

Link sendiri yang profesional

Contoh: pageniaga.com/warungkakros — senang share, senang ingat.

💬

Butang WhatsApp terus

Customer tekan satu butang, terus masuk chat anda dengan mesej siap taip.

📍

Google Maps & waktu buka

Tak payah explain "belakang petronas tu" lagi — customer tekan, Waze terus.

🧾

Menu / senarai harga & gambar

Paparkan servis, produk dan harga dengan kemas. Customer tahu apa nak order sebelum chat.

🔄

Update percuma setiap bulan

Tukar harga? Promo raya? WhatsApp kami je — kami update untuk anda.

Laju & mesra telefon

90% customer anda buka guna handphone. Page kami memang dibina untuk itu.

Harga

Satu pakej. Semua termasuk. Tiada kos tersembunyi.

Pakej PageNiaga

Paling popular
RM49/ bulan

+ RM99 setup sekali sahaja (termasuk design & isi kandungan penuh)

Tambah domain .com sendiricth: namabisnes.com — kami uruskan semua
  • Landing page lengkap, siap dalam 24–48 jam
  • Butang WhatsApp, Google Maps & senarai harga
  • Hosting & penyelenggaraan termasuk
  • 2 kali update percuma setiap bulan
  • Tiada kontrak — cancel bila-bila masa
Mula Sekarang — WhatsApp Kami

☕ Lebih murah dari sehelai banner kedai — tapi yang ini bekerja 24 jam.

Kata mereka

Peniaga macam anda dah cuba dulu.

★★★★★

"Dulu order kek & katering bersepah dalam DM, penat balas satu-satu. Sekarang customer tengok menu & harga dalam satu link, terus WhatsApp saya. Order makin banyak!"

EL
EllyKatering & Kek, Kota Kinabalu
★★★★★

"Menu warung saya sekarang ada link sendiri. Customer dah tahu lauk apa & harga sebelum sampai. Jimat masa betul."

KR
Kak RosWarung Makan, Putatan
★★★★★

"Sebagai agent, link ni nampak profesional. Saya letak kat bio TikTok, prospek terus WhatsApp saya. Berbaloi RM49."

FR
FaridTakaful Advisor, Sabah

Soalan lazim

Sebelum anda tanya...

Berapa lama page saya siap?

24 hingga 48 jam selepas anda hantar info bisnes (nama, gambar, senarai harga, lokasi). Kalau info lengkap awal pagi, selalunya siap hari yang sama.

Saya tak pandai IT langsung. Boleh ke?

Memang itu sebab PageNiaga wujud. Anda cuma perlu tahu guna WhatsApp — hantar info, kami buat semuanya. Nak update pun, WhatsApp je.

Perlu bayar setahun terus ke?

Tidak. Bayaran bulanan sahaja, RM49 sebulan. Tiada kontrak panjang, tiada penalti — anda boleh berhenti bila-bila masa.

Apa beza dengan buat sendiri guna Wix/Canva?

Boleh je buat sendiri — kalau anda ada masa untuk belajar, design, dan maintain. Kebanyakan peniaga kami sibuk uruskan kedai. RM49 sebulan untuk tak perlu pening kepala, ramai kata berbaloi.

Boleh saya guna domain .com sendiri?

Boleh! Tambah RM20 sebulan sahaja — kami uruskan semuanya: pendaftaran, renewal, dan setup. Domain tetap milik anda, dan jika anda berhenti, kami transfer domain kepada anda.

Kalau saya nak tukar harga atau letak promo baru?

WhatsApp kami apa yang nak diubah — kami update dalam masa 24 jam. Pakej anda termasuk 2 update percuma setiap bulan.

🔥 Slot minggu ni terhad — kami hadkan projek baru supaya setiap page dijaga rapi

Pesaing anda dah online.
Bisnes anda masih invisible.

Jangan fikir lama-lama. Dalam 24 jam, bisnes anda boleh ada satu link yang menjual untuk anda 24 jam sehari.

WhatsApp Kami Sekarang